Tuesday 15 November 2011

Logam FC bolos di saat-saat akhir


15 november 2011 – Keadaan cuaca yang begitu sejuk serendah 12oC ditambah pula dengan keadaan padang yang agak lecak dan licin memberikan keadaan yang begitu mencabar bagi pemain-pemain dari setiap kumpulan. Walaubagaimanapun, semangat berkobar-kobar daripada mereka sudah cukup untuk menghangatkan suasana. 

Perlawanan pertama menyaksikan pertembungan antara kumpulan “Logam FC” dan “Seeker”. Kedua-dua kumpulan memberikansaingan yang begituhebat dan jelas terpampang peningkatan prestasi daripada kedua-dua kumpulan walaupun setelah sekian lama berehat daripada Liga. 

            Larian-larian solo Zul Azri banyak membuka peluang kepada Logam FC untuk menjaringkan gol tetapi berjaya ditepis oleh penjaga gol seeker Haizaq Farhan. Walaupun menerima asakan bertubi-tubi daripada pasukan lawan, penjaga gol “Logam FC” Amir Ridzuan tetap gagah bertahan . Walaubagaimanapun, nasib tidak menyebelahi “Logam FC” apabila Amir ridzuan tewas kepada rembatan kencang “AminStark”, penyerang yang baru sahaja berpindah daripada kumpulan “Inspira” bagi menyertai “Seeker”.

Disediakan Oleh: Wartawan MPL 2010/2011 

No comments:

Post a Comment