Friday 31 December 2010

sembang-sembang

Pengurus Medclick mula mengorak langkah

Khabar angin mula bertiup tentang pihak pengurusan medclick mempertimbangkan untuk menyerap masuk Uwis Botak ke dalam pasukan Medclick sebagai pemain tambahan. Uwis yang pernah beraksi dalam Conventional Cup bersama pasukan Semut Api ke peringkat quarter membuktikan keupayaan pemain ini. Setakat ini pengurus Medclick, Qayrul Rafiuddin belum memberi komen mengenai Uwis. Nantikan adakah Medclick akan medapat sentuhan striker lincah ini…bak kata pepatah kecil-kecil cili api.

Lah berharap Arif Salleh diserap ke Super Senior

Penyerang Super Senior, Abdullah Tahir berharap Sir Farhan Jaha akan membariskan Arif ‘alang’ sebagai pemain Super Senior. Lah dan dan arif memang tidak diragui mempunyai chemistry yang tip top dan telah beraksi bersama dalam beberapa kejohanan yang lepas. Perpindahan ini akan menjejaskan authenticity nama pasukan Super Senior yang dibarisi ‘veteran’ Mansurah namun keputusan terletak pada pertimbangan pengurus mereka.


*kredit gambar kepada saudara Taqi.

Disediakan Oleh: 
Usamah Ilyasak
 

TRANSFER WINDOW DIBUKA !!!

Dengan bermulanya tahun baru 2011, maka bermulalah transfer window bagi setiap pasukan yang menyertai MPL. Setelah mengharungi 4 perlawanan setiap pasukan mula mendapat penilaian prestasi semasa pasukan masing-masing. Maka pihak penganjur akan membuka ruang perpindahan/pertukaran pemain baru dan tambahan seorang anggota pasukan bagi pengurus pasukan yang berminat bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Terma dan Syarat:

  1. Perpindahan = menyerap pemain yang telah didaftarkan dalam kejohanan/ dari pasukan yang terlibat dalam MPL
  2. Pertukaran = menyerap pemain baru dan berlaku penyingkiran ahli.
  3. Tambahan pemain = 11 orang.
  4. Perpindahan/pertukaran: Terhad 2 PEMAIN sahaja.
  5. Tambahan pemain: SEORANG setiap pasukan.
  6. Pengurus yang berminat untuk melakukan pertukaran/perpindahan/tambahan pemain hendaklah mendapatkan borang B dari pejabat MPL(Rumah Warlord**).
  7. Pertambahan pemain dikenakan bayaran 6.00le
  8. Tawaran dibuka bermula 1/1/11-31/1/11. Permohonan yang lewat tidak akan dilayan.
    **Rumah Warlord = rumah mat sopi

    Thursday 30 December 2010

    PERUBAHAN WAKTU PERLAWANAN

    PERLAWANAN PADA HARI JUMAAT (31 DISEMBER 2010) MUNGKIN AKAN DITUNDA PADA HARI SABTU (1 JANUARI 2011) UNTUK MEMBERI LALUAN KEPADA PROGRAM LIFE ANJURAN UNIT PEMBANGUNAN INSAN (UPI) PERUBATAN CAWANGAN MANSURAH. HARAP MAKLUM

    Tuesday 28 December 2010

    Video Temuramah Peserta

     
    18 DISEMBER 2010
     

     
    24 DISEMBER 2010
    P/S: Mohon maaf atas kelewatan pihak blog MPL memuat naik video ini. Video-video terkini akan dimuatnaik dari semasa ke semasa. Harap Maklum

    Saturday 25 December 2010

    Kebangkitan LOGAM FC

    25 DISEMBER 2010 – Walaupun pada minggu lepas mereka pulang dengan tangan kosong, ternyata sikap kerjasama dan semangat juang yang tinggi pada setiap ahli kumpulan Berjaya membuahkan hasil apabila kumpulan Logam FC akhirnya berjaya menjaringkan gol pada kedua-dua perlawanan menentang Siti Sifir dan  Macha Brotherhood. Penjaring pertama Logam FC saudara Zul Azri bersyukur atas kejayaan pada hari ini, dan bertekad untuk memberikan persembahan yang lebih baik pada masa hadapan.



    2 Kupang 5 Det dan Rigli Koroub berjaya membenamkan pasukan lawan masing-masing apabila mereka memperoleh kejayaan besar hari ini dengan jumlah gol keseluruhan untuk hari ini adalah 5 untuk Rigli Koroub dan 4 untuk 2 Kupang 5 Det. Rigli Koroub mendahului carta liga dengan markah keseluruhan adalah 12, diikuti kumpulan 2 Kupang 5 Det, 9 markah.

    Disediakan Oleh,
    Muhammad Nazif

    KEPUTUSAN PERLAWANAN HARI INI (25 DISEMBER 2010)

    RIGLI KOROUB  3 - 0 KEMAH KEMING 

    2 KUPANG 5 DET 3 - 1 SITI SIFIR

    LOGAM FC 1 - 1 MACHA BROTHERHOOD

    2KUPANG 5 DET 1 - 0 KEMAH KEMING
     
    RIGLI KOROUB 2 - 1 MACHA BROTHERHOOD
     
    LOGAM FC 2 - 2 SITI SIFIR

    Friday 24 December 2010

    KEPUTUSAN MALAM INI (24 DISEMBER 2010)

    SEEKER   0 - 1 BELASAHAN

    SUPER SENIOR 1 - 0 MACHA BROTHERHOOD

    SITI SIFIR  2 - 1 KEMAH KEMING FC

    BELASAHAN 1 - 1 SUPER SENIOR

    MACHA BROTHERHOOD 0 - 2 SITI SIFIR

    SEEKER  1 - 0 KEMAH KEMING 

    ___________________________________________________________________________________

    Hari pertama perlawanan untuk minggu kedua Liga diteruskan seperti biasa, di mana waktu perlawanan telah dianjakkan sejam lebih awal (dari 6.45 ptg ke 5.45 ptg) rentetan pertembungan masa dengan final Conventional Cup yg juga berlangsung pada malam itu. 6 team yg tidak terlibat dengan perlawanan pada minggu pertama, telah turun ke padang untuk merasai pengalaman sulung bermain dalam MPL.

    Team Siti Sifir yang rata-rata dibarisi pemain tahun dua merupakan satu-satunya team yang berjaya memungut mata penuh daripada dua perlawanan mereka pada malam itu. Penyerang Muhammad Johari beraksi cemerlang setelah gah menjaringkan 3 gol dan 1 assist bagi membantu pasukan beliau menang pada malam itu.



    Antara perlawanan yang menjadi tumpuan pada malam tersebut, pertemuan antara pasukan Belasahan dan Super Senior. Super Senior yg memenangi perlawanan pertama mereka telah disekat daripada memungut mata penuh, setelah Belasahan berjaya mengekalkan corak permainan dan mengekang asakan bertubi-tubi dari barisan penyerang Super Senior. Perlawanan berakhir dengan satu jaringan bagi kedua-dua pasukan. Walaubagaimanapun, penyerang Super Senior saudara Mohammad Arifudin boleh mendabik dada beliau setelah berjaya membantu pasukan dengan menjaringkan dua gol pada malam itu.



    Sementara itu pasukan Kemah Kemin atau jolokan squad penyu masih bergelut mencari rentak dalam saingan MPL apbila gagal mengutip mata setakat ini. Diharapkan agar team Kemah Keming tidak patah semangat dan mengalah, sebaliknya bangkit dengan strategi baru yg lebih mantap bg menghadapi perlawanan-perlawanan mereka yang seterusnya. 

    disediakan oleh,
    Muhammad Naufal Ridlwany

    Tuesday 21 December 2010

    PERHATIAN - PERTUKARAN WAKTU PERLAWANAN

    Perhatian Kepada Para Peserta, Perlawanan pada hari Jumaat ini (24 Disember 2010) telah diubah ke pukul 5.45 petang. Harap Maklum

    Sunday 19 December 2010

    Medclick cemerlang pada hari pertama

    18 Disember 2010 – Kejohanan “Mansoura Premier League” sesi 2010/2011 telah dimulakan dengan perlawanan di antara Pasukan “Medclick” menentang pasukan “Inspira”. Walaupun cuaca agak dingin dengan bersuhukan 9 C, kehangatan permainan amat dirasai oleh para pemain dan penonton, apabila saudara Arif Saleh, daripada pasukan Medclick Berjaya menjaringkan gol pembukaan Liga di awal minit permainan. Secara keseluruhan, pasukan Medclick telah Berjaya menjaringkan 2 gol semasa menentang kumpulan Inspira dan 2 gol semasa menentang Kumpulan “Logam”.
    Bagi kumpulan “Logam FC”, walaupun mereka gagal untuk memperoleh sebarang gol pada hari ini, mereka tetap bersemangat untuk berjuang pada permainan yang akan datang. Pengurus pasukan “Logam FC”, saudara Aiman Jusri  memetik kata-kata daripada pasukan Liverpool “you’ll never walk alone” dan berharap agar permainan mereka yang akan datang akan memberi hasil yang lebih memuaskan.
    Disediakan Oleh,
    Muhammad Nazif Md Shah

    Friday 17 December 2010

    Majlis Perasmian dan Sesi Taklimat

    16 Disember – Satu program perasmian dan sesi taklimat telah diadakan sempena program Mansoura Premier League (MPL) sesi 2010/2011. Program ini telah dihadiri oleh Pengerusi Perubatan Cawangan Mansurah (PCM), saudara Ahmad Azizi bin Md Jusoh, beserta dengan wakil dari setiap pasukan yang akan bertanding.


    Sesi taklimat telah disampaikan oleh Pengarah MPL, saudara Ahmad Sofiyuddin bin Sha’ari. Di dlm sesi taklimat ini, beliau telah menerangkan peraturan-peraturan dan etika yang perlu dipatuhi oleh setiap pemain.
    Majlis berlangsung sekitar 1 jam 30 minit, bermula pada pukul 8.30 malam dan berakhir pada pukul 10 malam. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan sesi temuramah bersama wartawan rasmi MPL, saudara Naufal Ridlwany.




    Sekian, Wassalam.

    Disediakan Oleh:
    Muhammad Nazif Md Shah

    Selamat Datang

    Selamat Datang ke Blog Mansoura Premier League.

    Blog ini akan diupdate dari semasa ke semasa.

    Sila klik disini untuk mengetahui jadual perlawanan

    Sila klik disini untuk mengetahui Etika dan Peraturan Permainan

    Sila klik disini untuk mengetahui Kumpulan yang Menyertai Liga