PERATURAN


1.      Peraturan ini tidak mengikut spesifikasi FIFA. Hanya digunakan untuk Mansoura Premier League (MPL)
2.      Setiap pasukan perlu membayar sebanyak LE 60  untuk pendaftaran.
3.      Satu kumpulan hanya dibenarkan seramai 10 org(termasuk 3 simpanan). Tidak boleh lebih, boleh kurang.
4.      Permainan dimainkan selama 20 minit. 2 suku masa, 10 minit setiap suku masa dan rehat selama 2 minit diantaranya.
5.      Jumlah minimum pemain didalam padang adalah 5 orang dan maksimum 7 orang,
6.      “Handball” adalah dari tangan ke siku.
7.      Tiada Penalti.
8.      Gol dikira berdasarkan keyakinan pengadil.Gol yang dikira adalah yang jelas ke”gol”an nya.Bantahan tidak di terima
9.      Tiada had pertukaran pemain
10.  Tidak boleh mencaci pengadil dengan kata-kata kesat.(straight RED card)
11.  Mesti menghormati pengadil walaupun yang menjadi pengadil adalah junior.
12.  Dalam satu match,seorang penjaga gol tidak boleh menangkap back pass. 
13.  Pemain tidak boleh “score” terus dari sepak mula. Mestilah “second touch”.
14.  Pemain tidak boleh membuat sebarang provokasi terhadap lawan.
15.  Apabila seorang pemain medapat kad merah,dia perlulah keluar padang serta merta.
16.  Apabila bola sudah keluar,pemain perlulah membuat lontaran ke dalam menggunakan tangan.
17.  Pasukan-pasukan digalakkan menggunakan baju yang mempunyai warna yang sama bagi memudahkan pengadil supaya tidak keliru dengan pasukan lawan. 
18.  Setiap pasukan hendaklah hadir tepat pada masanya dan sebarang kelewatan selama 10 minit akan menyebabkan bolos 3-0serta merta dan kemenangan 3-0 kepada lawan.(budi bicara pengadil)
19.  Dilarang sama sekali menggunakan pakaian yang melanggar syara`(tidak menutup aurat). Pasukan berkenaan akan diberikan kekalahan automatic 7-0.
20.  Pertandingan akan berlangsung di Padang Belakang Istad Gamaah.
21.  Setiap permainan akan berlangsung pada waktu malam.
22.  Hadiah akan diberikan kepada TOP 3.
23.  Peraturan lain sama seperti yang digunakan oleh FIFA. 
24.  Jawatakuasa Disiplin MPL akan menilai mana-mana perbuatan yang boleh mencacat – celakan MPL 2010/2011.
25.  Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pengarah MPL, Ahmad Sofiyuddin ( Mat – 011-9948547 ) untuk maklumat tambahan

_______________________________________________________________________________

ETIKA SUKAN (Ikhwah)
­­
1- PAKAIAN.

1.1-            Menutup aurat.
a)      Baju :- Bebas
b)     Seluar :- Lepas lutut
c)      Berstoking dan Berkasut

2- MASA.

2.1- Mengutamakan waktu solat.
2.2- Menghentikan aktiviti apabila waktu menghampiri waktu solat.
2.3- Menepati waktu (5 minit sebelum bermula)

3- ADAP.

3.1- Dilarang merokok.
3.2- Bermain dengan semangat kesukanan.
3.3- Digalakkan untuk berkenalan antara satu sama lain.
3.4- Mengelakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
3.5- Mengelakkan daripada menggunakan kata-kata kesat dan aksi-aksi yang tidak elok.
3.6-Lelaki tidak boleh berada di tempat permainan perempuan dan sebaliknya.

*Segala perkara dan perbuatan yang bertentangan dengan Hukum Syara', dilarang sekeras-kerasnya.
__________________________________



Perpindahan Pemain  
Terma dan Syarat:

  1. Perpindahan = menyerap pemain yang telah didaftarkan dalam kejohanan/ dari pasukan yang terlibat dalam MPL
  2. Pertukaran = menyerap pemain baru dan berlaku penyingkiran ahli.
  3. Tambahan pemain = 11 orang.
  4. Perpindahan/pertukaran: Terhad 2 PEMAIN sahaja.
  5. Tambahan pemain: SEORANG setiap pasukan.
  6. Pengurus yang berminat untuk melakukan pertukaran/perpindahan/tambahan pemain hendaklah mendapatkan borang B dari pejabat MPL(Rumah Warlord**).
  7. Pertambahan pemain dikenakan bayaran 6.00le
  8. Tawaran dibuka bermula 1/1/11-31/1/11. Permohonan yang lewat tidak akan dilayan.
**Rumah Warlord = rumah mat sopi