Sunday 19 December 2010

Medclick cemerlang pada hari pertama

18 Disember 2010 – Kejohanan “Mansoura Premier League” sesi 2010/2011 telah dimulakan dengan perlawanan di antara Pasukan “Medclick” menentang pasukan “Inspira”. Walaupun cuaca agak dingin dengan bersuhukan 9 C, kehangatan permainan amat dirasai oleh para pemain dan penonton, apabila saudara Arif Saleh, daripada pasukan Medclick Berjaya menjaringkan gol pembukaan Liga di awal minit permainan. Secara keseluruhan, pasukan Medclick telah Berjaya menjaringkan 2 gol semasa menentang kumpulan Inspira dan 2 gol semasa menentang Kumpulan “Logam”.
Bagi kumpulan “Logam FC”, walaupun mereka gagal untuk memperoleh sebarang gol pada hari ini, mereka tetap bersemangat untuk berjuang pada permainan yang akan datang. Pengurus pasukan “Logam FC”, saudara Aiman Jusri  memetik kata-kata daripada pasukan Liverpool “you’ll never walk alone” dan berharap agar permainan mereka yang akan datang akan memberi hasil yang lebih memuaskan.
Disediakan Oleh,
Muhammad Nazif Md Shah

No comments:

Post a Comment